Panjang kan tajuk entri kali ni..? Haruslah panjang kalau tak boleh silap faham. Selepas ‘peperangan’ antara Adlin Aman Ramli dan Chef Wan yang setakat kami tahu hanya menerusi Facebook (dan media cetak), kali ini Chef Wan sekali lagi terpaksa berhadapan dengan pandangan peribadi seorang lagi peserta Maharaja Lawak Mega tentang cara kritikannya.
Afdlin Shauki dari kumpulan Boboi merasakan Chef Wan perlu lebih berhemah semasa memberikan kritikan sebagai juri. Nak tau apa yang Adlin katakan, jom baca status beliau di bawah ini.
Kenyataan Afdlin ini mendapat respon daripada Chef Wan. Seperti biasa Chef Wan akan cuba mempertahankan dirinya dengan hujah-hujahnya.
Kami harap ini semua sekadar di Facebook. Rugi sangat kalau kerana perkara ini, mereka terus berbalah sesama sendiri. Lagipun Maharaja Lawak Mega bakal tamat tidak lama lagi. Kami sayang kedua-duanya. Cewah!














