Panas | Jom Berkenalan Dengan Forteen!

Mungkin mereka masih baru tapi penangan lagu Berdua Bersatu begitu kuat melanda peminat seni tempatan lantas menaikkan nama penyanyinya secara tidak langsung. Forteen adalah sebuah kumpulan yang menggabungkan empat orang anak muda yang kami percaya muncul berlandaskan bakat dan bukannya rupa semata-mata. Buktinya dengarlah sendiri lagu Berdua Bersatu. Memang unik suara mereka.

Paling bertuah, mereka melangkah dalam dunia seni tempatan di bawah bimbingan Edry KRU. Memang tak dapat nak nafikanlah aura KRU sentiasa ada pada setiap anak didik mereka. Anggota-anggota kumpulan Forteen adalah Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saifu Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue). Tapi seingat kami, One dulu pernah menceburkan diri dalam dunia seni menggunakan nama Rizu.

Nama Forteen mempunyai maknanya yang tersendiri. Ia dipilih oleh Edry yang bermaksud “Untuk Remaja”. Jadi mereka ingin menyajikan muzik yang terbaik kepada para remaja di Malaysia. Nama Forteen juga melambangkan kesemua 4 orang ahli kumpulan itu yang merupakan anak remaja . Terbaek! Jom kita layan sedutan lagu Berdua Bersatu dalam muzik video mereka pula.



Get the Flash Player to see this player.

Lirik Lagu Berdua Bersatu – Forteen

Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut

Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • http://URL eyda

    emmm….lagu baru eh,macam best je. suka-suka

  • http://URL eyda

    suka-suka

  • http://URL eyda

    maksud yang mendalam….teringat seseorang yang tak leh dilupa sampai sekarang. sudah patah tak ada siapa yang diganti hehehe…

  • http://URL eyda

    kumpulan ini dari mane ekk…

  • Melchidec

    dari malaysia.. kalau negeri tu, tak pasti.. =)

  • oct1883

    wahh.. nak ariz n izzue!! so hencemmmm liawwwww!!!

  • anil

    bez bez bez ..

  • sarah

    forteen suara memang sedap dan muka pon ada..memang pakej cume korg punye style dalam video klip xberapa kena lagi,mungkin sebab baru nak berjinak, cuba korg learn from Big bang Love song pergerakan diorg mesti korg punye video klip lagi meletup..biasala kalau nak maju lagi kena dengar komen pendengar..tp memang aku sokong Forteen,,suara best !!

  • syaza

    Ariz dr Melake..One pulak dr Perak..Izzue dgn Ameer dr Kelantan…

  • husna

    kumpulan ni memang gempak…..semua ad suara yang lunak…….ni bru best..

  • http://rentakartis.com/hangat-forteen-nafi-gantikan-anuar-zain-dalam-semi-final-muzik-muzik-26/ Hangat | Forteen Nafi Gantikan Anuar Zain Dalam Semi-Final Muzik-Muzik 26 | RentakArtis.com

    [...] Panas | Jom Berkenalan Dengan Forteen! [...]

  • Ieka

    lah nape izzue bermisai??? kalo xde dye lg hensem….buang rambut2 itu xske….like izzue n one :)

  • Founder of RentakArtis

    misai tu leh buang.. hehe

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002507741081 Diera Tiera

    minattttttt..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002507741081 Diera Tiera

    minat gile…smart….

  • notella fedelta

    pakej,even baru 1 lagu tp dah ramai kenal.gaye ala2 korea ckit pon ade ot.biase arr zmn k-pop.next song bile..??,,i’m waiting..

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress