Panas | Kerana 9 Julai!

Assalamualaikum. Sekarang ni Malaysia memang tengah meletup dengan kisah perhimpunan haram yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011. Tapi, post kali ni bukanlah bertujuan untuk promote atau mengulas isu itu sebaliknya ingin berkongsi natijah perkara terbabit kepada industri hiburan kita. Bolehlah kalau nak kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perhimpunan tersebut habis aktiviti-aktivi anak seni tergendala.

Antara yang betul-betul terkesan adalah penganjur Konsert 2 Rasaksa 2011 yang akan dijayakan oleh kumpulan lagenda Sweet Charity dan Blues Gang. Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada 9 Julai di Stadium Merdeka namun terpaksa ditangguh kepada 1 Oktober depan. Kasihan betul kami pada penganjur. Semua persiapan dah dilakukan termasuklah promosi yang besar-besaran tapi akhirnya kena buat tarikh lain pula.

Berbeza pula dengan pementasa teater Mak Dara Nyonya lakonan Juhara Ayob, Fara Fauzana, Misha Omar, Norzizi Zulkifli dan lain-lain pada 6-12 Julai 2011 di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walaupun pementasan masih diteruskan namun pada tarikh 9 Julai, ia terpaksa dihentikan ekoran perhimpunan haram tersebut.

Kedua-dua program ini terpaksa menangguhkan dan menghentikan aktiviti mereka atas nasihat daripada pihak polis untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tak diingini. Semoga semua ni jadi iktibar buat kita. Sebelum berbuat sesuatu fikirkan dahulu natijahnya kepada orang sekeliling! Apapun, semoga perancangan yang telah direncanakan akan tetap berjalan dengan lancar. Amin

Mel: Make yourself clean before you want to clean others. Sorry kena speaking sebab tak sanggup nak sebut perkataan tu dalam BM buat masa ni.. =)

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress