Panas | Khairul Fahmi Dikatakan Mempunyai Kekasih Baru, Liuniey Bapa Saudara Liuniey Tampil Beri Penjelasan

Dah sampai masanya untuk kami bercerita tentang gosip terbaru berkaitan Khairul Fahmi. Kami sekadar ingin menghormati tugas Khairul Fahmi untuk perlawanan bola menentang Bahrain Ahad lalu. Lambat sedikit pun tak apa. Kepada yang masih belum tahu kewujudan gosip ini, mesti korang tertanya siapa Liuniey?

Chill! Teruskan pembacaan. =)

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Twitter yang memegang handle @MahsiH2 mendakwa hubungan Khairul Fahmi dan Dahlia Teck terputus gara-gara kehadiran seorang gadis bernama Liuniey. Menerusi screenshot ini (klik untuk lihat) penulis Twitter tersebut turut mendakwa Liuniey telah memutuskan pertunangannya bersama seorang jejaka kerana ingin bersama Khairul Fahmi.

Tak lama selepas itu, seorang lelaki yang merupakan bekas tunang kepada Liuniey menafikan punca keretakan hubungan mereka adalah kerana Khairul Fahmi sebaliknya ada sebab-sebab peribadi yang tidak dapat diceritakan.

Dan kemudiannya, bapa saudara kepada Liuniey, yang juga merupakan bapa saudara Liuniey, 21 atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, mendakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek, manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.

Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-

Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Khairul Fahmi tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.

Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.

Saya memang rapat dengan Khairul Fahmi. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.

Menurut Mohd Irwan, kontroversi itu bermula apabila dia membawa Khairul Fahmi ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya:-

Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Khairul Fahmi sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Khairul Fahmi. Gambar itu pula di muatnaik ke dalam Facebook.

Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,

Pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook, dakwa Mohd Irwan:-

Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Khairul Fahmi untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Khairul Fahmi.

Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya.

Menurut beliau lagi, Khairul Fahmi dan Liuneiy tidak pernah bercakap antara satu sama lain:-

Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Khairul Fahmi selama ini dan nak jatuhkan Khairul Fahmi.

Kalau dilihat setiap kali Khairul Fahmi menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Khairul Fahmi.

Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan.

Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Khairul Fahmi. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya.

Sementara itu, Liuneiy yang ditemui di butik pengantin milik ibunya pula berkata:-

Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Khairul Fahmi.

Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu:-

Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam.

Menurutnya keputusan itu diambil untuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara  itu, Khairul Fahmi dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini.

Tapi apa yang lebih menarik, akhbar Kosmo melalui kolumnis Diva pernah menceritakan yang Khairul Fahmi telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish. Eh?

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress