Panas | Kritikan Sebagai Juri Dianggap Melampau, Rupa Paras Dang Suria Dipertikai

Aih. Tiba-tiba nama pengacara Dang Suria mencanak naik. Semuanya gara-gara komen beliau yang dianggap keterlaluan semasa menjadi juri untuk program On Air yang mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut. Bagi yang masih belum tahu, On Air merupakan sebuah rancangan yang dikendalikan oleh Aznil Hj Nawawi yang memfokuskan pencarian pelapis dalam bidang pengacaraan.

Berbalik kepada Dang Suria, kata-kata yang keluar dari mulut beliau kepada peserta terbabit dianggap biadap oleh penonton kerana telah menjatuhkan air muka peserta berkenaan.

Bayangkan, siapa yang sanggup dengar ayat sebegini, “Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak” dilemparkan kepada orang lain apatah lagi kepada diri sendiri?

Lebih menarik, disebalik kritikan beliau, Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Mungkinkah sesuai untuk dikatakan, mengaku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih? Fikir-fikirkan…

 

About author
Female.22.Malaysian
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

  • http://rentakartis.com/panas-dikecam-hebat-gara-gara-kritikan-melampau-dang-suria-pertahan-tindakannya/ Panas | Dikecam Hebat Gara-Gara Kritikan Melampau, Dang Suria Pertahan Tindakannya | RentakArtis.com

    [...] 0 Comments /* */ Ya itu dia. Tuan punya badan dah bersuara. Dang Suria baru-baru ini dikecam hebat oleh ramai pihak gara-gara kritikan pedasnya sewaktu menjadi juri bagi program On Air terbitan [...]

  • Yati Yebb

    mcm2 lak aii… dh tu napa p cucuk botok??? sbb bibir x cantik ke??? takut org tukar channel ke??? hehe  

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress