Panas | Shafie Apdal Nafi Ada Hubungan Dengan Zahida Rafik, Beri RM1.5 Juta - RentakArtis.com

Hantarkan Artikel
Undi Kami!
Jersi ORI
komen

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada pelakon, Zahida Rafik dalam kenyataan pertamanya kepada media hari ini.

Menteri ini turut menafikan dakwaan Noor Azman Azemi yang mendakwa beliau di upah untuk menjadi pemandu peribadi Zahida Rafik dan mengawal pergerakan aktress tersebut sejak tahun 2009 melalui Twitter beliau.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Kenyataan penuh Shafie Apdal berhubung isu ini;

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”

 

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien