Review | Cinta Kura Kura Serlah Sisi Lain Tiz Zaqyah, Mampu Capai Box Office

Akhirnya filem terbaru KRU Studios bakal menjengah pawagam berdekatan anda dan Filem Cinta Kura-Kura ini telah diarahkan dengan jayanya oleh Nizam Zakaria.

Cinta Kura-Kura telah dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru dan lama seperti Tiz Zaqyah (Nani), Aeril Zafrel (Adam), Zizan Razak (Nic0), Shy8 (Usop Wilcha) – Atok, Fara Fauzana (Mira), Bob Yusof, Fizz Fairuz (Fadzly), Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Taukeh, dan Daus Eli.

Sedikit sinopsis untuk bacaan anda:

Mengisahkan tentang hidup Nani, seorang gadis berumur 21 tahun dan kura-kura peliharaannya yang unik, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis Green Crown Sea yang luar biasa, mampu untuk bercakap dengan manusia, hanya jika ia mengkehendakinya.Nani baru berpindah ke tempat baru bersama abangnya, Amir dan mula jatuh cinta dengan jirannya yang merupakan seorang pemuzik, Adam. Kurang selesa dengan apa yang berlaku kepada tuannya, Nico sedaya upaya mencuba untuk sabotaj usaha Adam untuk memikat Nani. Cinta tiga segi mula terjadi apabila Fadzly, supervisor yang bekerja di kedai haiwan peliharaan yang sering menjadi persinggahan Nani, suka kepadanya.

Namun tanpa diketahui, Fadzly sebenarnya mempunyai niat jahat untuk mencuri Nico dan menjualnya untuk dijadikan hidangan eksotik di sebuah restoran. Berjayakah Fadzly berbuat demikian? Atau Nico sempat diselamatkan oleh Nani?

Selepas menonton filem ini, Mr. RA berpendapat bahawa imej Tiz Zaqyah yang ditonjolkan dalam filem ini begitu lain daripada kebiasaan. Suka Mr. RA tengok!

Anda tonton dulu Official Trailer Cinta Kura-Kura, baru excited sikit Mr. RA nak cite :)


Get the Flash Player to see this player.

Dalam filem ini, Airel Zafrel membawakan watak seorang lelaki yang lurus dan naif tentang cinta. Kehadiran Zizan, Fara Fauzana dan Usop Wilcha yang membawakan suara kura-kura. Dah namanya kura-kura yang boleh bercakap, lepas tu Nico pula nak gagalkan percubaan untuk ngorat tuan dia. Kelakar kan! Masing-masing ada karektor tersendiri. Syabat Mr. RA ucapkan pada pengarahnya.

Menariknya, filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, Atok dan Mira, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

 

Daus AF, Tauke Jambu, Harun S B, Bob AF pun ada :)

Filem ini memberikan satu tontonan yang santai dan mempunyai banyak adegan lucu yang melibatkan Nico (Kura-kura yang boleh bercakap) dan watak-watak lain.

Tidak salah jika Mr. RA untuk mengatakan filem ini mampu memberi pulangan yang lumayan dan mampu mencapai tahap Box Office. Rating Mr. RA bagi untuk filem ini 4.5/5.

Jadi, jangan lupa untuk rasa excited menunggu cerita ni keluar panggung pada 1 Mac 2012!

Usik Mr. RA: Tergelak tiap kali Zizan melontarkan dialog untuk watak Nico…

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress