Review | Filem Azura 2012, Percubaan Terbaik Neelofa, Shah Jaszle

Artikel sebelum ini berkenaan Filem Azura:

Team Rentak Artis sekali lagi berpeluang untuk menghadiri Malam Gala Filem terbaru terbitan Ace Motion Pictures berjudul ‘Azura’. Filem remake ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dilakonkan oleh Shahz Jaszlee (Shahrizal) sebagai hero dan bertindak sebagai heroin, Neelofa. Filem Azura 2012 ini merupakan percubaan pertama Neelofa berlakon di dalam filem.

Pujian harus diberikan kepada pengarahnya Aziz M. Osman kerana mengambil langkah berani untuk mengarahkan filem Azura 2012 dengan jalan cerita yang diolah baru dan menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 Juta. Pengambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Kota Paris dan Kota London.

Pelbagai reaksi diberikan oleh penonton pada penghujung tayangan filem ini. Ada yang menyukainya dan ada juga yang kurang berpuas hati dengan jalan cerita dan konflik yang kurang “ummpph” jika dibandingkan dengan filem asal Azura 1984.

Walau apapun pendapat mereka, jangan lupa untuk anda menyaksikan Filem Azura 2012  di Pawagam mulai 2 Februari 2012. 

Sinopsis Azura 2012 : Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus Berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara.

Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress