Melihat kepada tajuk filem sahaja sudah membuatkan Mr. RA terfikir dua kali, apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Chantek”. Anda semua pun mesti terfikir begitu kan?
Chantek adalah sebuah filem romantik komedi taruhan terbaru Empat Semudra Plantation Sdn Bhd. Filem kedua terbitan syarikat ini merupakan filem arahan Pierre Andre.
Pada awal jalan cerita filem Chantek ini agak keliru sama ada si Ad buta atau tidak. Mr. RA ingat dia dah buta akibat babak kemalangan yang ditunjukkan pada awalnya. Rupanya si Ad berpura-pura buta sehingga akhir filem ini. Memang gaya lakonan Pierre Andre yang berkesan. *Mati-mati ingat dia buta.
Watak ‘Chantek’ pula dibawa oleh pelakon dari seberang, Nurul Ekasari yang bertugas sebagai pembantu rumah di rumah percutian Ad. Pelbagai gelagat lucu ditampilkan apabila Chantek harus berkerja secara senyap-senyap tanpa kehadirannya diketahui oleh Ad. Chantek memang ingat si Ad buta.
Filem ini turut diserikan dengan lakonan bersahaja Kin Wah sebagai Sam (Manager Ad), Abon sebagai penerbit filem. Man Kidal dan Yuhang bertindak sebagai cameo.
Bagi Mr. RA, filem ini merupakan romantik komedi ringan dan penuh komedi bersahaja sepanjang 90 minit durasi tayangannya. *Asyik tersenyum sorang2 kat panggung tu :p
Sedikit sinopsis filem Chantek untuk bacaan anda:
| Mengisahkan tentang Ad,seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terempak tunangnya berlaku curang. Tersangat kecewa, Ad memencilkan dirinya di rumah peranginan dengan dijaga oleh Chantek, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan Ad yang masih fobia dengan perempuan.Lama-kelamaan kerena kebaikan Ad dan kemesraan mereka berdua. Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, Ad sedia memaafkannya kerana kejujuran Chantek membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila Chantek terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, Chantek terasa diperbodohkan oleh Ad yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya.Chantek benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. Selama sebulan Ad tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan Chantek. Akbirnya Ad terjumpa Chantek dan setelah dirayu dan dipujuk barulah Chantek menerima semula Ad dan cinta berputik kembali. |
Layan jap trailer filem Chantek:
Get the Flash Player to see this player.
Rating yang Mr RA bagi untuk filem ini 3.2/5.
Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, Chantek arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!
“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”















