Review | Filem Komedi-Seram Hantu Dalam Botol Kicap Memang Menjadi. Lawak Siot!

Team Rentak Artis sekali lagi berpeluang untuk menghadiri Majlis pra-tonton Filem terbaru terbitan MIG berjudul ‘Hantu Dalam Botol Kicap’ lakonan oleh Mon Ryanti, Mikael Andre, Zalif Sidek, Angah Raja Lawak, Maimon Mutalib dan Wawa Zainal.

Filem ini memberi suatu kelainan berbanding filem-filem komedi seram yang lain kerana terdapat babak yang membuatkan penonton ketawa berdekah-dekah.

Bukan setakat lawak, babak-babak seram pun menjadi. Team RA pun terkejut sama (orang sebelah sampai tutup mata) hehe. Apa pun tahniah diucapkan kepada MIG kerana berjaya menghasilkan filem ini.

Seperti biasa, Rating diberikan hanyalah 4.5/5.

Sinopsis Filem Hantu Dalam Botol Kicap mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya .Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Antara babak-babak menarik dalam HDBK~

Tengok trailer pun dah best. lawak sangatt…


Get the Flash Player to see this player.

Saksikan Filem Hantu Dalam Botol Kicap mulai 9 Februari 2012 di panggung berdekatan anda. :)

About author
Share this article
RentakArtis.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Komen Facebook

RentakArtis.com © 2012 All Rights Reserved

Designed by WPSHOWER

Powered by WordPress