Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Malam isnin yang lalu telah berlangsungnya satu majlis pra-tonton filem S.A.M. (Saya Amat Menyintaimu) bersama pengarah, barisan pelakon, rakan artis serta pihak media/blogger di GSC Midvalley, Bangsar.

Menurut kata Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada Syafiq Yusof (Pengarah Filem S.A.M.), beliau melahirkan rasa bangga dengan hasil kerja sulung anak lelakinya ini walaupun dicabar untuk menerbitkan filem diusia semuda 18 tahun.

Secara keseluruhan, filem yang ber-genre ‘Romantic Psychological Thriller’ ini membabitkan kos RM1.9 Juta. Satu pelaburan yang besar untuk seorang pengarah muda. Namun, keyakinan yang diberikan oleh Datuk Yusof Haslam kepada anaknya itu ternyata tidak sia-sia.

Bagi Team RentakArtis, kami kagum dengan kelainan yang dibawakan oleh Syafiq di dalam filem ini dari segi visual, gerakan kamera serta beberapa ‘shot’ menarik yang boleh dikira tiada dalam filem melayu kebiasaannya.

Dari segi penceritaan ataupun skrip, ianya memuaskan walaupun terdapat beberapa kelemahan yang minima yang langsung tidak menggangu kami untuk memahami keseluruhan cerita.

Sememangnya keberanian pihak produksi untuk melabur dalam filem ini amat berbaloi. Ditambah dengan barisan pelakon yang memberikan lakonan mantap dalam menghidupkan setiap watak. Kami yakin filem ini akan mampu untuk cemerlang dari segi jualan tiket. Syabas Syafiq!

Filem hebat ini akan menerjah pawagam seluruh negara pada 19 Ogos 2012 & anda harus ke panggung untuk menonton.

Rate: 4/5

Trailer HD

Maklumat Filem

Tajuk: S.A.M. (Saya Amat Menyintaimu)
Tayangan: 19 Ogos 2012
Pelakon: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Adam shah, Harun Salim Bachik.

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu? Segala-galanya bakal terjawab dalam ‘S.A.M’ sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien