Hantarkan Artikel
Diet Kamikaze
komen

Rip Curl (Malaysia) pada Isnin lepas (15hb Oktober 2012) telah menjadikan Rip Curl Malaysia Riders sebagai jenama rasmi bagi dua peluncur Malaysia – Bryan Ng dan Brenda Lee.

Brenda merupakan antara peluncur wanita terkemuka di Malaysia. Hasil pencapaian dan penglibatannya dalam sukan luncur air ini menjadikan mereka aset utama kepada jenama Rip Curl (Malaysia).

Rip Curl Malaysia yakin terhadap potensi dan percaya bahawa kedua-dua peluncur ini boleh maju kehadapan seiring dengan jenama mereka. Ia juga dapat mendekati kumpulan sasaran mereka yang terdiri daripada golongan wanita.

Sempena Terengganu Rip Curl 6-star Pro Surf yang bakal diadakan pada 30 Nov – 2 Dis tahun ini, Vivian Chew (Penolong Pengurus Besar Rip Curl Malaysia) menjelaskan bahawa mereka berada dilaluan yang betul dengan memilih 2 peluncur tersebut untuk mewakili jenama Rip Curl.

Selain itu, Rip Curl Malaysia juga memperbaharui kontrak pelumba rasmi untuk peluncur muda berusia 17 tahun dari Cherating, Mohd. Suhaimi (Semmy).

Serentak pada majlis tersebut, Rip Curl Malaysia juga telah mengumumkan ‘Terengganu Rip Curl 6-star Pro Surf’ yang bakal berlangsung pada 30 November – 2 Disember 2012 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Kejohanan ini yang mendapat kelulusan daripada Asian Surfing Championship (ASC) bakal disertai oleh peserta dari Asia Tenggara dalam 5 kategori iaitu ‘Men’s Open, Women’s Open, Master Division and Bodyboard Open, dan Longboard Open’. Hadiah berjumlah lebih RM40,000 akan dimenangi oleh pemenang kejohanan.

Sepanjang kejohanan berlangsung, beberapa aktiviti disusun untuk disertai orang ramai iaitu Pameran Sukan Peluncuran Air, Pameran Kesenian Papan Luncur oleh Mr. Rizald dari Bali, Indonesia, Demontrasi Membuat Papan Luncur dan Kelas belajar meluncur kepada pengunjung. Jonni Morrison – Deaker, dari Rip Curl Bali Surf School pula akan memberi pendedahan tentang sukan luncur air ini.

Kejohanan ini dianjurkan oleh EC Extreme Resources dan disokong oleh S.U.K Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan Terengganu dan Rip Curl Bali Surf School.

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien