Bermula 31 Ogos sehingga 6 September lalu, Shila Amzah telah menyertai peringkat awal pertandingan Asian Wave yang menyaksikan penyertaan ramai bakat besar Asia.
Daripada sejumlah 30 artis yang menyertai pertandingan ini, Shila Amzah merupakan salah seorang daripada 12 peserta yang layak bertanding di peringkat akhir nanti.
Menurut kenyataan daripada penyanyi ini sendiri melalui laman Facebook beliau, pertandingan akhir Asian Wave akan berlangsung pada 20 September dan di ikuti konsert besar empat hari kemudian.
Tahniah buat Shila Amzah dan semoga beliau memperolehi pengalaman yang manis disana semanis sebuah kemenangan. Tak mustahil kan? Pelantun lagu Dejavu ini sempat berkongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua selepas ini. Enjoice!













Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]