Song Ji Hyo Hampir Tikam Celah Kaki Jaejoong Semasa Pegambaraan ‘Code Name Jackal’?

By  |  0 Comments

 

Ahli kumpulan JYJ, Jaejoong mendedahkan bahawa kecuaian pasangan lakonannya, Song Ji Hyo ketika pengambaraan filem ‘Code Name Jackal’ hampir membuatkan dia tidak boleh berkahwin pada masa hadapan.

Semasa sidang akhbar yang diadakan pada 16 November itu, Jaejoong dan Ji Hyo memilih perkataan ‘pedang’ senarai kata kunci untuk filem itu.

Song Ji Hyo juga mengaku, “ Saya memang merupakan seorang yang sangat cuai , ketika itu saya cuba untuk memusingkan pedang tetapi tiba-tiba pedang itu terjatuh di celah kaki Jaejoong. Saya memegang watak  sebagai seorang pembunuh yang  berperwatakan cuai dan agak janggal dengan kerjanya. Malahan, saya juga memang merupakan seorang sangat cuai di dalam kehidupan seharian saya. Kerja saya selalu berakhir dengan berserabut dan saya hanya cuba menyesuaikan diri dengannya.”

Jaejoong  juga menjelaskan tentang kejadian itu, “ Terdapat babak di mana song Ji Hyo cuba bermain dengan pedang, tetapi pedang itu terlepas dari genggamanya dan jatuh betul-betul di celah kaki saya. Jikalau terdapat kesilapan dan pedang itu jatuh di tempat yang tidak sepatutnya ,saya mungkin tidak akan dapat berkahwin. Secara jujurnya , saya agak takut bila Song Ji Hyo bermain dengan pedang, tetapi sejak dia berlatih dengan gigih , tekniknya sudah agak mahir sekarang.”

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>