Song Joong Ki: “Cinta Pertama Saya Telah Berkahwin”

— Publish on November 18 2012 and Komen | 1,866 Views

Song-Joong-Ki

Semasa sidang akhbar untuk episod terakhir drama siaran KBS yang bertajuk “Nice Guys”, pelakon lelaki utama drama itu telah menjelaskan bagaimana dia boleh melakon dan menggambarkan watak seorang lelaki yang kehilangan dan dikhianati oleh cinta pertamanya.

Semasa menceritakan mengenai babak lakonan dan wataknya, Song Joong Ki berkata,

“Seorang lelaki tidak akan dapat melupakan cinta pertama mereka. Disebabkan itu, babak lakonan saya bersama watak lakonan Park Shi Yeon sangat bermakna. Cinta pertama seorang lelaki merupakan seperti perubahan terbesar dalam hidup mereka. Ianya terbukti apabila filem mengisahkan cinta pertama lelaki seperti “A Werewolf Boy” dan “Architecture 101” lebih menarik perhatian penonton.”

Selain itu, dia juga berkata,

“Secara jujurnya, saya juga tidak dapat melupakan cinta pertama saya. Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa dia sudah berkahwin.”

Kerjaya Song Joong Ki kelihatan sangat bagus baru-baru ini. Episod terakhir drama “Nice Guy” telah mencapai kedudukan tempat pertama untuk slot waktunya, iaitu sebanyak 18% yang menonton drama itu dan filemnya, “A Werewolf Boy” telah melebihi 4 juta penonton.

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

Galeri Foto :Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW).

Love this topic? Dont forget to share with your friends. Help us to spread the information with the others :)

Comment Area

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Have something to say?

KEMPEN

LAGI ARTIKEL MENARIK

133,999 Views

Rahim Sepahtu Nafi Pukul, Tendang Isteri Akibat Salah Faham

16 August 2015 • Komen

Menafikan apa yang tersebar dan menyifatkan ia sebagai khabar angin, Rahim Sepahtu menjelaskan bahawa dakwaan dia memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham adalah tidak benar sama sekali. “Memang kami... [...]

Rahim-Sepahtu-Nafi-Pukul-Isteri-Akibat-Salah-Faham-ROTIKAYA-700x462