Syamsul Yusof Dominasi Anugerah Blockbuster 2011 - RentakArtis.com

Hantarkan Artikel
Undi Kami!
Jersi ORI
komen

Teka-teki siapakah yang akan mengungguli anugerah Blockbuster telah terjawab apabila menyaksikan KL Gangster meraih sebanyak 3 trofi di malam kemuncak Anugerah Blockbuster yang berlangsung malam tadi, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Seperti yang dijangka, Anugerah Filem Terhebat milik filem yang mencetuskan fenomena luar biasa serta pengaruh yang kuat dalam bikinan filem bergenre aksi iaitu KL Gangster.

Anugerah Tuan Direktor Terhebat menyaksikan pengarah muda Syamsul Yusof mengungguli kategori tersebut menerusi karya blockbusternya dengan kutipan RM12 juta, filem KL Gangster. Sekali gus mengenepikan nama-nama besar seperti Ahmad Idham, Yusri Abdul Halim, Osman Ali dan Afdlin Shauki.

Tak cukup dengan itu, Syamsul mencipta kemenangan berganda apabila filem tersebut juga meraih Anugerah Filem Aksi Terhebat.


Melengkapkan kemenangan, filem seram pertama bikinan Syamsul berjudul Khurafat juga dipilih sebagai Filem Seram Terhebat. Dengan hasil 4 kemenangan  tersebut, anak kepada pengarah juga penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ini membawa pulang sebanyak RM20,000.

Anugerah Hero Terhebat mendapat saingan sengit kerana kehadiran Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Apatahlagi dua aktor berkaliber ini sedia mempunyai ramai peminat. Namun ternyata lakonan Zizan Razak dalam Hantu Bonceng cukup menarik perhatian sekaligus menjadi pilihan pengundi untuk memiliki trofi tersebut.

Kalau heronya Zizan sementara Yana Samsudin menewaskan Lisa Surihani, Tiz Zaqyah dan Maya Karin diangkat sebagai Heroin Terhebat.

Manakala trofi Anugerah Watak Penyangak Terhebat adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila Fikri Bakar menerusi filem Klip 3GP. Satu nama baru yang menewaskan nama-nama pelakon yang sinonim dengan watak antagonis seperti Rahman dan Jehan Miskin.

Seterusnya Anugerah Hero Baru Terhebat dan juga Heroin Baru Terhebat menyaksikan Shahir dalam lakonan filem  pertamanya, Karak serta Tasha Shila menerusi lakonannya dalam Ratu The Movie mencipta kejayaan.

Anugerah Blockbuster 2012 dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama daripada Astro selaku saluran rasmi. Satu kelainan yang cuba ditampilkan oleh anugerah julung-julung kalinya ini ialah ia menggunakan 100 peratus undian daripada peminat dan penonton.

Senarai penuh keputusan Anugerah Blockbuster:

Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

Sumber: mD

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]

Close
Please support the site
By clicking any of these buttons you help our site to get better

Facebook

WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien