Bekas peserta Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Razak, 27, mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24 pada tarikh yang cantik iaitu 11.11.11 yang lalu. Joe merupakan pengurus Elliza. Majlis ala Inggeris, merupakan konsep majlis pernikahan dan persandingan Elliza dan Joe.
Elliza menggayakan pakaian tajaan Seni Andaman Mawar Biru dalam persalinan berwarna kelabu cair dan gelap.
“Kami mula berkenalan pada pertengahan tahun lalu selepas diperkenalkan kawan. Selepas dua minggu berkenalan, dia menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah keluarga saya menerima cadangan Joe dan keluarganya dengan tangan terbuka dan bertunang Disember tahun lalu”, kata Elliza
“Saya sukakan Elliza kerana dia seorang wanita yang sangat penyayang dan pandai menghargai. Lagipun kami memang ‘klik’ sebagai kawan mahupun kekasih. Rasanya saya sudah bertemu dengan orang yang tepat untuk dijadikan suri hidup, jadi mengapa saya perlu tunggu jika jodoh sudah sampai”, Joe memberikan komennya.
Tahniah buat mereka berdua. Semoga kekal perkahwinan yang dibina. =)








Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]