Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.
Farid berkata keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini sementara majlis resepsi sebelah perempuan pada 21 November.
“Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami,” katanya pada majlis pra tonton filem Pe3 di Sunway Pyramid di sini, malam Isnin.
Bagaimanapun menurutnya, mereka masih belum menghadiri kursus perkahwinan dan akan melakukannya dalam masa terdekat ini. Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan romantis ini. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]