Aktres Rebecca Nur Al-Islam yang sebelum ini mengalami keguguran melahirkan rasa syukur dan gembira apabila dia kini sedang hamil lima bulan.
Dia yang ditemui oleh wartawan Media Hiburan ketika majlis pelancaran drama ‘Dejavu Di Kinabalu’ sebentar tadi memberitahu;
“Alhamdulillah kandungan saya kini memasuki usia lima bulan. Jika tidak ada aral melintang saya dijangka bersalin pada hujung Oktober atau awal bulan November.
“Pastinya, apabila disahkan mengandung tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya dan suami. Malah, untuk kali ini saya lebih selesa berdiam diri dan tidak mahu terlalu teruja seperti yang pertama dahulu.”
Rebecca juga memberitahu yang dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas usia kandungannya mencecah sebulan.
Meskipun tengah mengandung, Rebecca masih lagi menjalani penggambaran drama arahan Eirma Fatimah ini.
“Selepas ini saya terpaksa memakai baju bersaiz besar. Ini kerana, ketika mula-mula berlakon dalam cerita ini saya tidak tahu pun yang saya mengandung,” ujarnya lagi yang sentiasa berdoa semoga anak yang dikandungkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Ditanya adakah dia mendapat alahan yang teruk ketika mengandung, kongsinya;
“Saya hanya mengalami muntah-muntah di awal usia kandungan sahaja. Selepas itu semuanya OK. Dari segi makan pula, saya semakin gemar memakan sayur walaupun tidak menyukainya sebelum ini.”





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]