Setelah terlantar di Institut Jantung Negara (IJN) sejak pertengahan Disember tahun lalu, penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim disahkan meninggal dunia sekitar 6 petang tadi akibat komplikasi jantung.
Penyanyi serta pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun. Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.
Takziah daripada Team RentakArtis buat keluarga Arwahyarham Latiff Ibrahim. Al-fatihah.
p/s: Kami akan sentiasa update perkembangan terkini.













