Ahad lepas (4 Jun 2012) bertempat di Ampang Superbowl Flamingo Kuala Lumpur, wakil dari Team Rentak Artis telah bersama-sama memeriahkan majlis santai bersama Siti Saleha anjuran kelab peminat Team Siti Saleha (TSS) bertemakan ‘Shuffle & Bowl’.
Untuk makluman, objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Siti Saleha dan para peminatnya yang semakin bertambah setiap hari. Program ini juga merupakan aktiviti ketiga TSS selepas dirasmikan pada bulan Mac yang lalu.
Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut adalah sambutan hari lahir peminat bersama Siti Saleha, pertandingan boling, sesi bergambar dan autograph.
Korang memang dah lama in love dengan Siti Saleha tapi cuma pendam dalam hati je? Join la Team Siti Saleha melalui Facebook rasmi mereka dan emailkan maklumat peribadi anda seperti nama, ic, nombor telefon, address, fb/twitter id kepada teamsitisaleha3@gmail.com. Mungkin giliran korang pula untuk bermesra dengan Siti Saleha tak lama lagi. She’s cute after all!
Banyak lagi gambar daripada rakan media kami, BuahMulut.com untuk korang lihat yang ternyata meriah dengan sesi permainan yang menarik! Terima kasih TSS sudi jemput kami, lain kali jemput lagi




















Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]