SEHINGGA Ahad lalu, filem arahan Ahmad Idham, Mael Lambong berjaya mengutip sebanyak RM4.5 juta. Filem itu mula berada di pawagam pada 21 Jun lalu.
Mael Lambung menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai teraju utamanya di samping Juliana Evans (sebagai Maria), Taiyudin Bakar (Tai) dan pelakon baru, Shenthy Feliziana (Rozie).
Menurut laporan HarianMetro, Idham bersyukur kerana filem terbitan syarikatnya, Excellent Pictures Sdn Bhd terus mendapat sambutan walaupun ia bukan ditayangkan ketika musim cuti sekolah.
Pada waktu sama, Mael Lambung bersaing dengan tiga filem lagi iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Aku, Kau dan Dia dan Baik Giler yang juga menampilkan Zizan sebagai hero. Bagaimanapun, khabarnya Baik Giler agak kurang mendapat sambutan.






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]