Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pada 6 Ogos lalu yang beliau tidak sabar untuk bermain golf dengan pemain yang kini berada di posisi kedua terbaik dunia.
Tiger Woods telah mengesahkan kehadiran beliau ke CIMB Classic 2012 yang akan berlangsung di Mines Resort & Golf Club di Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Oktober 2012 ini.
Selain Tiger Woods, Juara Lepas, Bo Van Pelt dan Ben Crane turut menyertai acara itu.
“Ianya sesuatu yang baik untuk kembali ke tempat yang saya pernah bermain & menang.” ujar Tiger Woods berkaitan hal kehadiran beliau ke sini Oktober nanti.
CIMB Classic merupakan pertandingan golf bernilai US$6.1 juta dan di’senaraikan sebagai salah satu lokasi jelajah dalam kalendar PGA Tour FedEx Cup tahun 2013.







Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]