Lantunan vokal yang hebat serta penuh dengan gaya yang tersendiri menambahkan lagi kehebatan penyanyi ini. Setelah lagu “Sebelah Jiwaku” mendapat tempat dikalangan pendengar, Jaclyn Victor maju setapak lagi dengan single terbaru berjudul “Jagalah Diri”.
Single terbaru Jac ini telah mendapat sentuhan Edry Abdul Halim yang tidak perlu dipersoalkan lagi didalam penghasilan lagu yang menarik. Lagu berirama balada ini dicipta khas untuk Jac kerana ianya memerlukan kekuatan vokal yang tinggi dan sudah tentulah ianya bukan masalah kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.
Untuk makluman semua juga, single ini turut merupakan lagu tema bagi filem Stereoscopic 3D (S3D) Malaysia yang pertama yang berjudul “29 Februari”. Filem di bawah arahan Edry Abdul Halim yang bergenre “biografi fantasi” bakal muncul diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012
Sedikit mengenai single “Jagalah Diri” ini mengisarkan pengalaman kehilangan orang yang tersayang atau tangisan dimana kesedihan tidak akan mengubah keadaan yang telah berlaku. Lagu ini bersifat pasrah atau redha dengan ujian yang telah ditakdirkan. Bukan itu saja, single ini juga hadir bersama klip video yang telah diarahkan oleh Wan Hafiz buat tontonan umum.
Kepada peminat Jaclyn Victor yang ingin menonton klip video “Jagalah Diri” ini anda boleh menonton video tersebut di bawah:





Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]