Amazing! Perasaan bercampur baur bila menonton filem pendek ni. Teruja, gembira, sedih.. semua ada. Untuk mengenali dan membiasakan diri dengan budaya orang lain bukanlah sesuatu yg mudah.
PETRONAS tahun ini mengambil pendekatan menghasilkan sebuah filem pendek berbanding iklan seperti kebiasaannya yang pada hemat kami memang berkesan.
Filem pendek ini dibintangi oleh pelakon Redza Minhat turut menekankan elemen yang menjadi tema PETRONAS tahun 2012 ini iaitu ‘Reimagining Energy’.
Mengisahkan seorang jurutera bernama Erman yang bekerja di Asia Tengah dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari rumah dan berbeza budaya.
Erman bertemu dengan seorang kanak kanak lelaki tempatan bernama Jeyhun. Perkenalan yang bermula sebagai orang asing ini berakhir dengan ikatan yang menyentuh hati.
Filem pendek berjudul Strangers ini di’arahkan oleh Quek Shio Chuan yang memang terkenal dengan hasil cemerlang beliau dalam menerbitkan filem pendek selama ini & ini satu lagi hasil cemerlang beliau yang wajib tonton. Cekidout!






Apa Kata Anda?
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]