Hantarkan Artikel
Pakej Fotografi RM1500*
Berita
komen

Akhirnya apa yang kami yakin semua peminat Yuna tidak inginkan berlaku juga. Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui bahawa hubungannya dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu.

Mereka berdua sepakat untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen bagi menumpukan perhatian kepada karier masing-masing seperti yang dilaporkan oleh Portal GUA hari ini.

“Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan ini kami buat kerana mahu memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya. Kami saling memahami dan percaya keputusan ini memberi ruang kepada kami untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan dan ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja lepak dengan Qi dua tiga hari lalu” ujar Yuna.

Yuna turut mengakui jarak yang jauh antara mereka berdua menjadi antara faktor yang membawa kepada perpisahan tersebut.

“Saya mula rasa susah untuk teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan untuk kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen di antara kami. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia mahukan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa untuk memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja,” ujar Yuna lagi.

Namun begitu Yuna sempat menitipkan pesan kepada peminat supaya mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga Qi dan tidak menolak  sebarang kemungkinan di masa hadapan termasuklah jodoh antara beliau dan Qi.

bar galeri
Sesudah klik pada thumbnail, anda boleh mengemudi paparan galeri ini menggunakan kekunci (LEFT ARROW) dan (RIGHT ARROW). Tahniah.
bar galeri
komen

Apa Kata Anda?

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. [ Penafian ]